suria

Luke Shaw Mahu Harga Sendiri

PEMAIN pertahanan United, Luke Shaw mendedahkan harganya jika dipaksa meningkalkan Old Trafford.

Shaw mendedahkan dia mahu 5 juta pound (RM27 juta) berbanding harga yang ditawarkan Manchester United untuk meninggalkan kelab itu pada Januari ini.

United sanggup membayar 2 juta pound bersama pakej tertentu tetapi jumlah itu di luar jangkaan Shaw.

Pemain muda itu tidak menyerlah musim ini kerana dianggap bukan pemain pilihan Jose Mourinho.

Malah Shaw,22, sedar dia tidak akan meraih pendapatan 130,000 pound seminggu (sekitar 7 juta pound setahun) sekiranya berpindah ke kelab lain.

Menurut sumber di Old Trafford kepada The Sun:"Shaw tidak akan memberi kerja mudah kepada kelab sekiranya mahu dia berpindah pada Januari ini.

"Kelab sudah mempunyai angka, manakala dia ada keputusan sendiri. Mereka amat berbeza antara satu sama lain.

"Dia mahu kariernya kembali, tetapi dia bukan pemain pilihan di United dan memaksanya berpindah."

Luke Shaw, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Marcote Mula Buka Langkah

Artikel Lain