Khairy Arah PJS Buat Laporan Polis

Khairy (kanan) bercakap dengan keluarga salah seorang mangsa kemalangan.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengarahkan Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman membuat laporan polis ke atas penganjur Klang City International Marathon pada Selasa.

Beliau berkata laporan itu untuk membolehkan polis memulakan siasatan ke atas penganjur yang menganjurkan acara itu tanpa mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) sebagai pihak yang mengawal selia sebarang penganjuran sukan di negara ini.

Khairy berkata semua pihak yang menganjurkan acara sukan, termasuk larian dan maraton, perlu mendapatkan kebenaran daripada PJS terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan daripada persatuan sukan, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Pada masa ini, polis hanya menjalankan siasatan mengenai kemalangan selepas tiga pelari cedera.

Laporan ini untuk siasatan polis ke atas penganjuran acara itu tanpa memohon lesen daripada PJS.

"Ini kesalahan di bawah Akta Pembangunan Sukan (1997), jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM5,000, hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang mangsa, Evelyn Ang Gek Suan, bersama Zaiton di Hospital Sungai Buloh pada Isnin.

Khairy berkata PJS akan menyenarai hitam penganjur terbabit daripada menganjurkan sebarang acara sukan dalam masa terdekat.Dalam kejadian 4.30 pagi di Jalan Kapar Batu 2 pada Ahad, Evelyn, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki.

Khairy berkata Evelyn yang kini lebih stabil selepas menjalani pembedahan otak untuk membuang darah beku, masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Beliau berkata pihaknya dalam proses meminda Akta Pembangunan Sukan sedia ada, dengan mewajibkan pihak penganjur memohon kelulusan PJS 90 hari sebelum acara berlangsung untuk membolehkan PJS membuat semakan mengenai kesediaan dari segi keselamatan dan kewangan penganjur.

"Sudah lama sebelum  insiden ini berlaku, saya sudah mencadangkan proses pindaan terhadap akta ini, di mana hukuman denda dinaikkan kepada RM500,000 dan hukuman penjara dipanjangkan.

"Saya juga ingin menasihatkan kepada pihak polis, PBT, Rela dan agensi lain supaya jangan bekerjasama jika penganjur tiada lesen daripada PJS.

Peserta pun perlu semak dan bermula Selasa, semua acara yang mendapat kebenaran PJS, akan dimuat naik dalam laman web kementerian," katanya. -Bernama

Maraton, Kemalangan, Khairy

Artikel Sebelum

Vaan Gaal Cemuh Mourinho

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain