suria

Liga Juara-Juara: Laluan Sukar Hotspur, Chelsea

Pengarah Pertandingan Uefa, Giorgio Marchetti menunjukkan undian Chelsea pada bagi saingan 16 pasukan Liga Juara-Juara.

UNDIAN 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara musim ini menyaksikan  persaingan sukar terutamanya bagi Tottenham Hotspur.

Wakil dari Kelab Inggeris yang dibimbing Mauricio Pochettino itu bakal berdepan dengan Juventus selepas menguasai saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Satu lagi aksi kalh mati yang bakal menjadi tumpuan di antara juara bertahan Real Madrid diundi bertemu Paris Saint-Germain.

Manakala Chelsea yang menamatkan aksi selaku naib juara kumpulan berdepan dengan Barcelona.


Berdasarkan rekod tujuh pertemuan terakhir anak dalam aksi ini, anak buah Antonio Conte itu tidak mencatat keputusan tewas bertemu Barca, dengan dua menang dan lima seri.

Lebih menarik, ayam tambatan Barca, Lionel Messi tidak pernah menyumbangkan sebarang gol ketika bertemu The Blues setakat ini.

Selain itu, Manchester City diundi bertemu dengan skuad yang lebih selesa FC Basel, manakala Manchester United  berdepan dengan Sevilla.

Satu lagi wakil kelab dari England yang layak ke pusingan ini, Liverpool yang berdepan dengan FC Porto.

Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain