DUA kesilapan pertahanan menyaksikan Manchester United tewas 1-2 kepada Manchester City di Old Trafford, awal pagi Isnin.
Ia menyaksikan kemenangan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris berturut-turut buat pasukan Pep Guardiola.
Kegagalan pemain Romelu Lukaku menyebabkan Davis Silva membolosi gawang Manchester United pada minit ke-43.
Bagaimanapun, dua minit kemudian Marcus Rashford menyamaikan kedudukan dengan 1-1.
Manchester United mempunyai peluang keemasan apabila Lukaku dan Juan Mata diberikan tendangan jarak dekat, tetapi ditangkas oleh Ederson.
Nicolas Otamendi pula menambah jaringan buat Manchester City pada minit ke-54 dan keputusan kekal sehingga ke akhir permainan.
Manchester City memecah rekod apabila mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan lebihan 11 mata menerusi kemenangan ke-14 berturut-turut.


