suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sterling Tolak Semua Kelab England

BINTANG England, Raheem Sterling mendedahkan bahawa dia lebih suka bermain untuk kelab di luar negara sekiranya meninggalkan Manchester City, sekaligus menolak kemungkinan untuk menyertai Arsenal yang cuba menandatanganinya pada musim panas ini.

Sterling yang menetap di Etihad dan mempunyai dua setengah tahun baki kontrak telah diintai oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Bos City, Pep Guardiola menolak idea itu dan Sterling yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada Jumaat lalu telah mempamerkan aksi cemerlang dengan jaringan sebanyak 13 gol pada musim ini.

Perbincangan kontrak antara Sterling dan City dijangka bermula selepas Piala Dunia pada musim panas akan datang, tetapi pemain sayap itu berkata, dia ingin pergi ke luar negara dan bukannya kembali ke London.

"Saya gembira di Manchester City pada masa ini.

"Tetapi tiada siapa yang tahu apa yang berlaku pada masa depan dan pastinya lebih baik jika dapat bermain di luar negara. Ia akan menjadi pengalaman hebat.

"Sepanyol menarik. Tidak boleh di London. Saya tidak boleh berada dekat dengan kawan-kawan saya. Mereka perlu tinggal di sana," ujarnya.

Prestasi Sterling semakin mengagumkan di City yang dipimpin oleh Guardiola meskipun ketibaan Bernardo Silva yang bernilai £43 juta (RM234 juta) memberikan tekanan kepadanya.

Bulan lalu, Sterling menjaringkan gol kemenangan secara berturut-turut dalam perlawanan menentang Feyenoord, Huddersfield dan Southampton. - Daily Mail

Raheem Sterling

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain