suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard Mahu Zidane Ganti Conte

BINTANG Chelsea Eden Hazard dalam nada berseloroh berkata dia akan bertemu dengan lembaga pengarah The Blues untuk berbincang mengenai pelantikan Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu pasukan itu.

Pemain kelahiran Belgium itu dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu dan dia mengakui amat meminati kelab gergasi La Liga itu.

Pada masa sama, Chelsea turut terdesak untuk menawarkan kontrak baharu kepada Hazard tetapi pemain itu enggan terburu-buru memperbaharui kontraknya di Stamford Bridge.

Malah, Hazard berkata dia hanya akan memutuskan mengenai masa depannya pada hujung musim ini.

Kehadiran Zidane di Madrid dikatakan menarik minat Hazard untuk berhijrah ke Bernabeu.

Namun, Hazard seolah-olah mengharapkan pengendali kelahiran Perancis itu berhijrah ke Stamford Bridge.

"Saya akan bercakap dengan lembaga pengarah Chelsea mengenainya, kita tunggu dan lihat.

"Lebih serius sekarang ini, kita sudah ada jurulatih dan agak sukar untuk menyingkirkannya.

"Soalan anda bersangkut-paut, namun saya akan bercakap dengan mereka (lembaga pengarah)," katanya dalam nada berseloroh.

Kontrak Hazard akan berakhir pada 2020 dan Chelsea mahu melihatnya kekal lebih lama di Stamford Bridge.

"Saya masih lagi di sini. Saya cuba menamatkan kempen musim ini dengan sebaik mungkin. Selepas itu baki kontrak saya tinggal dua tahun lagi. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku," katanya.

Eden Hazard, Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Masih Belum Cukup!

Artikel Lain