suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih Belum Cukup!

SELEPAS dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d'Or 2017 awal pagi Jumaat, Cristiano Ronaldo menegaskan akan terus memberi saingan sengit kepada pencabar utamanya Lionel Messi.

Dengan kemenangan terbaharu itu, Ronaldo kini menyamai pencapaian Messi yang pernah meraih gelaran tersebut sebanyak lima kali.

"Saya amat gembira. Ia saat menakjubkan dalam karier saya. Saya sudah menunggu saat ini dalam tempoh yang lama," katanya.

Ronaldo dan Messi berkongsi jumlah pungutan trofi itu dengan Kaka, pemain terakhir memenanginya sebelum anugerah tersebut didominasi dua pemain hebat berkenaan.

Namun penyokong bola sepak dunia meramalkan status Ronaldo dan Messi sebagai pemain terbaik dunia sudah sampai ke penghujungnya dengan mengambil kira faktor usia kedua-dua pemain itu.

Malah, Ronaldo turut yakin bintang PSG, Neymar yang menduduki tempat ketiga masih ada peluang untuk memenangi anugerah tersebut pada masa hadapan.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Hazard Mahu Zidane Ganti Conte

Artikel Berikut

Coutinho Terus Berteka-Teki

Artikel Lain