suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayern Julang Trofi Bundesliga

BAYERN Munich menjulang trofi Bundesliga selepas menundukkan Wolfsburg 6-0, awal pagi Ahad.

Pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu kini mendahului dengan 73 mata manakala RB Leipzig menduduki tempat kedua berbekalkan 63 mata selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Ingolstadt dalam perlawanan berasingan.

"Amat menakjubkan apabila pasukan berjaya melakukannya sekali lagi musim ini," kata kapten Bayern, Philip Lahm yang akan bersara selepas ini.

Penjaring terbanyak Bundesliga, Robert Lewandowski menjaringkan dua gol pada perlawanan itu menjadikan keseluruhan golnya kepada 28.

Empat gol lain disumbangkan David Alaba, Thomas Mueller, Arjen Robben dan Joshua Kimmich.

The Bavarian bangkit menebus kekecewaan selepas tewas kepada Borussia Dortmund  pada aksi separuh akhir Piala Jerman dan disingkirkan Real Madrid dari pentas Liga Juara-Juara.

Malah Bayern turut tewas dalam dua aksi liga dengan lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Meskipun hanya beraksi dengan 10 pemain pada babak kedua selepas Luiz Gustavo diperintah keluar padang, Bayern masih berupaya menjaringkan tiga gol.

"Liga ini adalah perlawanan paling jujur. Dan kini kami memenanginya buat kali kelima berturut-turut. Ia sesuatu yang luar biasa dan menakjubkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge. 

Bundesliga, Bayern Munich

Artikel Berikut

Artikel Lain