suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunderland Tersingkir Dari EPL

SUNDERLAND tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 0-1 kepada Bournemouth dalam aksi penuh dramatik di Stadium of Light, awal pagi Ahad.

Jaringan pemain Bournemouth, Josh King pada minit ke-88 memberi gambaran awal bahawa anak buah David Moyes akan beraksi pada Liga Kejuaraan musim depan.

Dalam perlawanan itu, Sunderland mempamerkan kebangkitan luar biasa menerusi beberapa percubaan berbahaya Jermain Defoe tetapi gagal menemui penyudah berbisa.

Sunderland kini tewas dalam sembilan perlawanan di gelanggang sendiri sejak menewaskan Watford sebelum sambutan Krismas tahun lalu.

Pasukan tuan rumah itu kini akan beraksi pada liga kejuaraan buat pertama kali sejak 2007 dan kali keempat secara keseluruhannya.

Sunderland menduduki tangga tercorot dengan mengutip hanya 21 mata daripada 34 perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain