suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Costa Lebih Bagus Dari Lukaku

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte menganggap pemainnya, Diego Costa sebagai penyerang terbaik di dunia.

Anak buah Conte akan berkunjung ke Everton malam Ahad di mana mereka akan berdepan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Romelu Lukaku.

Lukaku, 23, menjaringkan 24 gol manakala Costa, 28, 19 gol.

"Lukaku pemain yang bagus tetapi bagi kami Diego amat penting dan memainkan peranan utama kepada pasukan.

"Kita bercakap mengenai dua penyerang hebat. Namun anda tahu, bagi saya Diego adalah penyerang terbaik di dunia.

"Saya fikir amat bagus untuk mempunyai bakat. Namun saya suka apabila anda bergelar penyelamat semasa perlawanan dan lebih daripada itu jika pemain berbakat berusaha keras sepanjang perlawanan," kata Conte.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain