suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zlatan Ibrahimovic Adakan Pertemuan Dengan Semua Pemain

ZLATAN Ibrahimovic mengadakan pertemuan dengan semua pemain Manchester United bagi mendedahkan berita sedih skuad berkenaan.

Ander Herrera memberitahu, dalam pertemuan berkenaan penyerang tersebut mendedahkan bahawa dia tidak dapat membantu United untuk sembilan bulan.

Pertemuan itu juga dianggap penting kerana Ibrahimovic bakal menamatkan kontraknya pada akhir musim ini dan ini bermakna dia tidak lagi beraksi untuk kelab berkenaan pada musim depan.

Herrera berkata, pertemuan itu diadakan sebelum pasukan berkenaan menentang Burnley yang berakhir dengan kemenangan 2-0.

"Memang betul dia (Ibrahimovic) telah datang ke padang latihan dan bercakap dengan semua.

"Dia tidak bercakap banyak cuma mengucapkan selamat berjaya sehingga akhir musim.

"Dia seorang pemain yang mempunyai mentaliti yang kuat dan fizikal yang hebat. Saya tidak pernah melihat pemain seperti ini. Saya yakin sangat bahawa dia akan kembali selepas ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Jadual Perlawanan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain