suria

Serena Williams Bidas Komen 'Coklat Campur Susu' Ilie Nastase

Ilie Nastase

SERENA Williams membidas Ilie Nastase berhubung komen yang dibuat oleh kapten Romania untuk Piala Fed itu mengenai dirinya dan warna kulit anak yang dikandungnya.

Nastase, 70, telah memberi komen menghina terhadap pengumuman pemain dari Amerika itu minggu lalu bahawa dia sedang hamil.

Pada sidang akhbar menjelang perlawanan play-off Piala Fed, Nastase, bekas pemain nombor 1 dunia itu dilaporkan membuat komen tentang kehamilan Williams: "Mari kita lihat apa warnanya. Coklat bercampur susu?."

Dia juga secara lisan telah menyakiti beberapa pemain Britain sebelum ini dan diiring dari keluar dari venue dan dilarang daripada menyertai semua acara ITF sementara menunggu siasatan.

Williams yang kini meraih takhta pemain nombor 1 dunia tetapi akan berehat pada baki musim ini, telah bertindak balas dengan memberi komennya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Instagramnya, dia berkata: "Mengecewakan apabila masih ada lagi orang seperti Ilie Nastase yang membuat komen rasis terhadap saya dan bayi saya yang belum lahir dalam masyarakat hari ini, dan komen seksis terhadap rakan-rakan saya.

"Saya telah menyatakannya sekali dan saya akan katakan sekali lagi, banyak yang telah dilalui dalam dunia ini tetapi masih banyak yang perlu kita lalui.

"Saya tidak takut, tidak seperti anda. Anda lihat, saya bukan pengecut."

Williams kemudian menyokong siasatan ITF dengan berkata: "Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada ITF ke atas semua pertimbangan fakta yang diberikan dalam kes ini Mereka akan mendapat sokongan penuh saya."

Piala Fed, Ilie Nastase

Artikel Sebelum

Artikel Lain