suria

AS Roma 'Hantar' Pescara Ke Serie B

Mohamed Salah (kiri) meraikan kemenangan AS Roma ke atas Pescara bersama rakannya Radja Nianggolan (kanan). -fotoAFP

AS Roma berjaya pulang dengan tiga mata penuh dari markas Pescara, setelah menundukkan tuan rumah 1-4 di Stadium Adriatico.

Gol AS Roma diperolehi melalui Kevin Strootman dan Radja Nainggolan di babak pertama serta Mohamed Salah yang meledakkan dua gol di babak kedua.

Sementara skuad asuhan Zdenek Zeman hanya mampu membalas satu gol di akhir perlawanan, atau pada minit ke-83 menerusi Ahmad Benali.

Keputusan ini sekali gus membuatkan Pescara yang ketika ini berada di tempat tercorot Serie A tersingkir ke Serie B.

Pasukan ini tidak mungkin dapat mengejar mata yang dikumpul Empoli yang berada di posisi 17 atau kedudukan terakhir zon selamat.

Selain Mohamed Salah yang menjaringkan dua gol dan menjadi wira perlawanan, pemain El Shaarawy turut dilihat sebagai bintang apabila mencipta dua assist untuk gol Strootman dan Salah.

Dengan kemenangan ini, AS Roma masih berada di tempat kedua carta liga dengan 75 mata.

Serie A, Serie B

Artikel Berikut

Artikel Lain