suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemergian Ehiogu Kehilangan Besar Tottenham - Pochettino

Pasukan Tottenham Hotspur dan Chelsea memberikan penghormatan kepada mendiang Ugo Ehiogu semasa perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, London. Foto Reuters

TOTTENHAM Hotspur dan Chelsea memberikan penghormatan penuh emosi kepada mendiang Ugo Ehiogu semasa perlawanan separuh akhir Piala FA antara dua pasukan itu di Stadium Wembley, London pada awal pagi Ahad.

Bekas pemain England yang juga jurulatih bagi pasukan bawah 23 tahun (B-23) Tottenham meninggal dunia pada Jumaat kerana serangan jantung.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino mendedahkan beliau sedang menjalani latihan pada Jumaat apabila dimaklumkan mengenai Ehiogu meninggal dunia pada usia 44 tahun.

Bercakap selepas tamat permainan dengan kelab itu ditewaskan Chelsea 2-4: "Ia merupakan kejutan besar buat kita semua. 

"Ia merupakan impak besar kerana beliau merupakan individu yang paling rapat dengan kami, dan ketika itu, anda menyedari kita berada dalam kehidupan sebenar.

"Kita berjuang untuk bermain dan menang perlawanan tetapi semuanya adalah mengenai persaudaraan dan sekali lagi saya mahu mengucapkan takziah kepada keluarga dan teman-teman dan semua keluarga Tottenham. Ia merupakan kehilangan besar buat kami." - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain