suria

Liga Europa: United Terbang Ke Sepanyol Bertemu Celta

MANCHESTER United diundi bertemu Celta Vigo pada aksi separuh akhir Liga Europa manakala Ajax menentang Lyon untuk merebut tiket ke final.

Anak buah Jose Mourinho yang melakar kemenangan ke atas Anderlecht di suku akhir, awal pagi Jumaat akan berlepas ke Sepanyol pada aksi separuh akhir pertama dalam usaha menjulang trofi Liga Europa buat julung kalinya.

Ia merupakan pertemuan sulung membabitkan United dan Celta di pentas Eropah.

Sementara itu, Ajax akan melayan kunjungan Lyon pada aksi pertama 4 Mei di Belanda sebelum berlepas ke Perancis seminggu kemudian.

Kedua-dua pasukan itu pernah bertemu sesama sendiri pada aksi Liga Juara-Juara iaitu pada aksi peringkat kumpulan bagi musim 2011/2012.

Aksi separuh akhir pusingan pertama akan diadakan pada 4 Mei manakala aksi timbal balik pada 11 Mei.

Aksi final pula akan berlangsung di Stockholm pada 24 Mei depan.

Artikel Lain