Liga Europa: Gol Tunggal Juan Mata Hantar United Ke Suku Akhir - Sukan | mStar

Liga Europa: Gol Tunggal Juan Mata Hantar United Ke Suku Akhir

Sebahagian daripada pemain Manchester United meraikan kejayaan pasukan mereka selepas berjaya menewaskan FC Rostov 1-0 dalam perlawanan timbal balik saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat, United mara dengan agregat 2-1. -fotoAP
MANCHESTER United menempah tempat beraksi di suku akhir saingan Liga Europa 2016/17 selepas menang tipis 1-0 ke atas FC Rostov dalam aksi timbal balik, awal pagi Jumaat.

Gol tunggal United yang diperolehi United melalui Juan Mata menjadi penentu kemenangan kelab ini yang bermain di kandang sendiri, Old Trafford.

Skuad bimbingan Jose Mourinho ini mara dengan agregat 2-1.

Walaupun hanya memmerlukan keputusan seri selepas unggul di kandang lawan dalam perlawanan pertama, United tetap turun dengan corak permainan menyerang sejak awal perlawanan.

Mereka melakukan 14 tendangan ke gawang lawan sepanjang babak pertama berbanding Rostov yang hanya melakukan satu sepakan.

Bagaimanapun, kedudukan 0-0 terikat sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, dua pemain United terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Pogba digantikan dengan Marouane Fellaini pada minit ke-47 dan Phil Jones menggantikan Daley Blind pada minit ke-64.

Pada minit ke-70 United akhirnya berjaya memecah kebuntuan bermula dari umpan Mkhitaryan dari sebelah kanan, kemudian disambut Zlatan Ibrahimovic untuk disempurnakan Juan Mata yang berada di depan gawang.


United juga perlu berterima kasih kepada penjaga gawang Sergio Romero yang menepis dua peluang emas FC Rostov, iaitu tandukan Aleksandr Bukharov pada minit ke-79 dan tendangan bebas Christian Noboa menjelang tamat perlawanan.

Dengan keputusan ini, United berjaya menyingkirkan wakil Rusia itu dan layak ke suku akhir bersama tujuh pasukan lain.
Juan Mata , Liga Europa , Rostov

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain