suria

Schweinsteiger Kembali Berlatih Bersama Man United

Bastian Schweinsteiger
PEMAIN Manchester United yang 'dipinggirkan', Bastian Schweinsteiger, akhirnya kembali berlatih bersama skuad utama.

Schweinsteiger boleh menarik nafas lega, kerana setidak-tidaknya musim ini dia tidak hanya 'makan gaji buta'.

Pemain berusia 32 tahun ini berdepan masa yang sukar sejak awal musim kerana dibekukan dari kesebelasan utama Man United oleh Jose Mourinho.

Schweinsteiger yang belum pernah bermain pada musim ini dan tidak bergambar dalam foto rasmi United dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Mourinho.

Namun Twitter rasmi United pada Isnin telah menunjukkan bahawa Schweinsteiger kembali berlatih bersama rakan-rakannya, juga bersama Mourinho.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada benar dia akan kembali beraksi lagi bersama United musim ini atau Mourinho hanya mahu memastikan dia 'cergas' untuk dijual pada Januari 2017.

Rakan sepasukannya, Luke Shaw, antara pemain yang paling gembira dengan kembalinya Schweinsteiger.

“Gembira melihatnya (Schweinsteiger) kembali. Dia adalah penyuntik semangat bagi kami dengan pengalaman dan kualiti yang ada padanya,” kata Luke Shaw memetik FourFourTwo.

Musim lepas, Schweinsteiger hanya tampil dalam 31 kali perlawanan dan hanya mencipta satu gol.

Artikel Lain