suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemenangan Stoke City Tutup Tirai Minggu Ke-10 Saingan Liga Perdana Inggeris

-fotoREUTERS
KEMENANGAN Stoke City ke atas Swansea City dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi Selasa menjadi penutup minggu ke-10 saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Stoke memaksa Swansea pulang tanpa mata menerusi kemenangan 3-1. Tiga gol stoke hadir menerusi Wlfried Bony pada minit ke-2 dan ke-73 serta gol bunuh diri Alfie Mawson pada minit ke-55.

Swansea bagaimanapun membawa pulang gol sagu hati yang disumbat masuk Wayne Routledge pada minit ke-8.

Kemenangan Stoke ini adalah kemenangan ketiga mereka berturut-turut.

Stoke turun dengan permainan sederhana dan tidak terlalu mendominasi, tetapi lebih bijak memanfaatkan peluang. Dari segi penguasaan bola, skuad bimbingan Mark Hughes ini mencatatkan rekod 46.3 peratus.

Manakala dari segi ketepatan sasaran, Stoke hanya melepaskan dua berbanding empat yang dilakukan Swansea.

Keputusan ini telah mengangkat kedudukan Stoke yang sebelum ini berada di posisi ke-17 ke posisi ke-12 dengan 12 mata.

Swansea berada di kedudukan 19 carta liga dengan lima mata.

Manchester City terus berada di puncak liga dengan 23 mata, meninggalkan Arsenal dan Liverpool dari segi kutipan gol.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain