suria

Ronaldo Ledak Hatrik, Madrid Kekal Terajui Liga

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti tetapi meledak tiga gol sekali gus membantu pasukan itu kekal menerajui takhta liga dengan kelebihan dua mata.

Ronaldo sepatutnya menjaringkan empat gol dalam pertemuan itu tetapi penjaga gol Fernando Pacheco berjaya menampan percubaannya.

Kemenangan itu memastikan mereka kekal dengan kelebihan dua mata ke atas Barcelona selepas juara bertahan itu melonjak ke tangga kedua hasil kemenangan 1-0 ke atas Granada.

Pesta gol pertama Ronaldo untuk Madrid musim ini adalah hatrik yang ke-31 dirinya untuk Madrid.

Hatrik itu hadir ketika timbul persoalan sama ada pemain 31 tahun itu sudah hilang sentuhan berbisanya.

"Ronaldo seorang yang penyabar dan dia berjaya membuktikannya di atas padang.

"Saya amat gembira dengan persembahannya. Kami sentiasa mengharapkan gol daripadanya, tetapi dia amat bagus dalam setiap aspek hari ini," kata Pengurus Madrid Zinedine Zidane.

Ronaldo melakukan hatrik selepas permulaan musim yang hambar sejak penampilan pertamanya di Madrid pada tahun 2009.

Sebelum perlawanan awal pagi Ahad, dia hanya menjaringkan empat gol dalam sembilan perlawanan, dua kali dalam saingan liga dan dua lagi dalam kempen Liga Juara-Juara.

Ia berbeza dengan lawan utamanya dari Barcelona, Lionel Messi yang sudah meledak 14 gol sepanjang kempen musim ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain