suria

Liverpool Cemerlang Atasi Crystal Palace

LIVERPOOL terus mempamerkan rentak permainan cemerlang selepas menundukkan Crystal Palace 4-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Shelhurst Park, awal pagi Ahad.

Anak buah Jurgen Klopp itu kini menduduki tangga ketiga, berkongsi 23 mata dengan pendahulu Manchester City dan penghuni tempat kedua, Arsenal.

Namun ketiga-tiga pasukan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Emre Can, Dejan Lovren dan Joel Matip masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua.

Crsytal Palace memperolehi dua gol menerusi James McArthur yang dijaringkan pada minit ke-18 dan 33.

Benteng pertahanan Liverpool kelihatan lebih ampuh pada babak kedua dengan Philippe Coutinho nyaris meledak gol keempat pasukan lawan.

Namun, Roberto Firmino berjaya menguis bola melepasi penjaga gol tuan rumah, Steve Mandanda pada minit ke-71 untuk gol keempat Liverpool.

Liverpool kini berjaya mempertahankan rekod 11 perlawanan tanpa dalam semua saingan setakat ini.

Senarai pemain:

CRYSTAL PALACE: Mandanda, Ward, Dann, Tomkins, Kelly, Cabaye, McArthur, Ledley, Lee, Zaha, Benteke.
Pemain gantian: Hennessey, Fryers, Delaney, Flamini, Townsend, Puncheon, Campbell.

LIVERPOOL: Karius, Clyne, Lovren, Matip, Moreno, Henderson, Can, Lallana, Coutinho, Mane, Firmino.
Pemain gantian: Mignolet, Randall, Klavan, Lucas, Wijnaldum, Origi, Sturridge.



Liverpool, Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain