suria

Malaysia Raih Tempat Ketiga Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016

CERIA…Pemain-pemain Malaysia gembira bersama pingat selepas memenangi tempat ketiga Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) selepas menewaskan Korea Selatan di Stadium Hoki Kuantan, Ahad. Malaysia mengalahkan Korea Selatan 3-1 pada penentuan pukulan penalti selepas terikat 1-1 tamat masa sebenar permainan. -fotoBERNAMA
KUANTAN: Malaysia meraih tempat ketiga Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia 2016 apabila berjaya menundukkan Korea Selatan 3-1 menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Hoki Kuantan di sini, Ahad.

Berikutan keputusan itu, Korea Selatan terpaksa berpuas hati di tempat keempat dalam kejohanan yang berlangsung selama 10 hari itu.

Tiga gol Malaysia dijaringkan Firhan Ashari, Faizal Saari dan Nabil Noor sementara gol tunggal Korea Selatan dijaringkan Kang Moonkyu.

Sebelum diheret kepada penentuan pukulan penalti, Malaysia memperoleh gol pertama pada minit ke-14 menerusi Shahril Saabah yang menghasilkan gol padang.

Selang tiga minit, kapten Korea Selatan Jung Manjae berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui jaringan pukulan sudut penalti.

Pada babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan berusaha untuk membolosi gawang lawan masing-masing tetapi gagal untuk mencipta sebarang jaringan dan keputusan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Artikel Sebelum

Kedah Juara Piala Malaysia 2016

Artikel Berikut

Artikel Lain