suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wakil Negara Gagal Ke Suku Akhir Badminton Terbuka Perancis

Zulfadli Zulkiffli
KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara gagal ke suku akhir apabila masing-masing terkandas di pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Perancis yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Pemain perseorangan profesional negara Zulfadli Zulkiffli yang berjaya melepasi halangan di pusingan kelayakan, gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas kepada pemain pilihan keenam dari Korea Selatan Son Wan Ho pada pusingan kedua.

Bekas juara remaja dunia itu ternyata gagal menyaingi pengalaman yang dimiliki pemain yang berada di ranking keenam dunia dan akur dengan kekalahan 15-21, 14-21 dalam pertarungan selama 44 minit itu.

Sementara itu, gandingan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengheret perlawanan sehingga ke set penentuan sebelum tunduk kepada pilihan kedua dari Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto.

Dalam pertarungan lebih satu jam itu, pasangan kedua negara yang tewas pada set pertama 20-22, bangkit untuk menang set kedua dengan 21-14.

Bagaimanapun, beregu yang berada di ranking ke-14 dunia itu, terpaksa akur kepada pasangan Indonesia apabila tewas di set penentuan 16-21.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain