Lampard Puji Antonio Conte, Tapi Ramal Man City Juara - Sukan | mStar

Lampard Puji Antonio Conte, Tapi Ramal Man City Juara

Frank Lampard
LEGENDA Chelsea, Frank Lampard, berkata dia sangat terkesan dengan semangat yang ditunjukkan oleh Antonio Conte bersama Chelsea.

Pemain yang kini bermain bersama New York City FC berpendapat Chelsea akan berjaya di bawah bimbingan Conte.

Katanya, musim lalu adalah musim yang tidak baik bagi The Blues, sehingga kelab memutuskan untuk memecat pengurus mereka, Jose Mourinho, dan akhirnya mengakhiri musim 2015/16 dengan kedudukan ke- 10.

Namun, musim 2016/17, di bawah kendalian Conte, Chelsea seolah-olah menemui rentak permainan terbaik mereka semula walaupun tewas ke atas atas Arsenal dan Liverpool, tetapi bangkit mengalahkan Hull City, Leicester City, dan Manchester United.

"Saya telah melihat petunjuk yang baik. Saya fikir mereka akan berjaya atau berada di sekitar kejayaan. Saya tidak pasti mereka akan menang tahun ini tetapi untuk kembali ke Liga Juara-Juara ia dilihat positif.

"Saya menunggu era Antonio Conte. Sebagai peminat Chelsea, saya sangat bersemangat dan senang ketika dia datang. Saya fikir, pemain memerlukan disiplin dan juga seseorang yang berbeza dari tahun sebelumnya,” kata Lampard.

"Saya agak menyukai Antonio Conte, dia adalah jurulatih yang sangat berdisiplin, dia membuatkan pemain bekerja keras ketika sesi latihan.

"Saya bercakap dengan John Terry, dia berkata Conte adalah jurulatih yang bagus dan selalu mahu pemainnya bekerja keras di padang," katanya.

Lampard juga menyebut bahawa Manchester City bakal merangkul gelaran Liga Perdana musim ini dan teruja jika dapat menghabiskan masa di bawah ketua jurulatih baru City Pep Guardiola.

"Ya, saya akan. Saya melihat semangatnya, bagaimana dia membimbing pasukannya untuk bermain, cara mereka bermain dan saya akan (bersama Guardiola).

"Saya suka walaupun hanya sekadar pergi dan melihat dia mengadakan sesi latihan.

"Saya rasa anda sendiri boleh lihat bagaimana dia bekerja di padang latihan, saya suka untuk menjadi sebahagian daripadanya," katanya kepada BBC's The Premier League Show.

Frank Lampard , Antonio Conte , The Blues

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Conte Masih Pengurus Chelsea

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain