suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Seri 1-1 Dengan Korea Selatan

Pemain Malaysia, Fitri Saari (depan, kanan) diasak pemain Korea Selatan, Manjee Jung pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Hoki Kuantan, pada Khamis. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Malaysia melengkapkan saingan pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2016 di tempat kedua selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Korea Selatan di Stadium Hoki Kuantan pada Khamis malam.

Pasukan bimbingan Stephen Van Huizen itu berjaya menduduki tempat kedua carta enam pasukan dalam pusingan awal dengan mengumpulan 10 mata selepas mencatat tiga kali kemenangan, seri sekali dan kalah sekali.

Dalam perlawanan malam ini, Korea Selatan mula membuat kejutan dengan mengegarkan gawang pasukan negara bagi gol pembukaan pada minit ke-37 hasil jaringan padang Jeong Junwoo.

Namun selepas berhempas pulas Malaysia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Razie Rahim bagi menamatkan keputusan seri 1-1.

Pada perlawanan separuh akhir, India selaku pendahulu carta enam pasukan akan menentang Korea Selatan yang menghuni tempat keempat keseluruhan manakala Malaysia yang menduduki tempat kedua akan menentang Pakistan yang berada di tempat ketiga.


Jadual Sabtu:

Separuh Akhir

i) India lawan Korea Selatan - 6.15 petang

ii)Malaysia lawan Pakistan - 8.30 malam

Tempat lima dan keenam

i) China lawan Jepun - 4 petang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain