suria

Mourinho Mula Musim Baharu United Di Bournemouth

JUARA baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City bakal memulakan kempen mempertahankan gelaran musim 2016-17 dengan bertemu Hull City pada 13  Ogos ini.

Manakala pengurus baharu Manchester United, Jose Mourinho bakal memulakan kempen dengan membawa skuadnya berkunjung ke Bournemouth.




Saingan EPL musim baharu ini dijangka akan menghidangkan persaingan lebih sengit dengan kehadiran beberapa pengendali baharu dari kelab-kelab terkenal dunia termasuk Pep Guardiola yang membimbing Manchester City dan Antonio Conte bersama Chelsea.

Skuad Guardiola bakal menerima kunjungan Sunderland di laman sendiri, serta The Blues turut memulakan kempen baharu bersama Conte bertemu West Ham di Old Trafford.
Pep Guardiola


Sementara itu, Liverpool akan berkunjung ke Emirates bertemu Arsenal.


Jadual pembukaan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2016-17:

13 Ogos 2016

(Semua perlawanan bermula pukul 10mlm)

Arsenal lwn Liverpool 

Bournemouth lwn Manchester United 

Burnley lwn Swansea City 

Chelsea lwn West Ham United 

Crystal Palace lwn West Bromwich Albion 

Everton lwn Tottenham Hotspur 

Hull City lwn Leicester City

Manchester City lwn Sunderland

Middlesbrough lwn Stoke City

Southampton lwn Watford

Artikel Lain