Terbuka Malaysia: Chong Wei Belajar Daripada Dua Kekalahan Berturut-Turut - Sukan | mStar

Terbuka Malaysia: Chong Wei Belajar Daripada Dua Kekalahan Berturut-Turut

Pemain negara, Datuk Lee Chong Wei beraksi menentang pemain Jepun, Takuma Ueda pada Kejohanan Badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2016 di Stadium Malawati Shah Alam, Rabu. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Dua kekalahan berturut-turut pada pusingan awal memberi banyak pengajaran kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk bangkit semula di Kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, di sini.

Chong Wei berkata beliau sedar setiap perlawanan yang dilalui sama ada di peringkat awal atau berdepan lawan bukan pilihan, perlu diberi perhatian serius serta tidak boleh diambil mudah.

Sebelum ini, Chong Wei kalah pada pusingan awal di Seluruh England kepada pemain India, B Sai Praneeth sebelum terkandas di pusingan kedua Terbuka India, di tangan Wei Nan dari Hong Kong.

"Mungkin salah saya yang meletakkan kemahuan yang tinggi kepada diri sendiri. Walaupun lawan saya adalah pemain muda, kecergasan dan mental saya kena kuat untuk menghadapi mereka," katanya.

Pemain nombor tiga dunia itu berkata fokusnya kini mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat teratas dalam ranking dunia bagi mendapat undian yang memihak kepadanya ke arah matlamat mencapai pingat emas pertama Sukan Olimpik.

"Ikutkan ranking saya kini sudah layak ke Sukan Olimpik, cuma status pilihan yang penting sekarang ini. Penting bagi saya untuk sentiasa dalam keadaan kompetitif. Semua pemain sedang bertungkus lumus mengumpul mata ranking masing-masing," katanya.

Pada perlawanan pertama Terbuka Malaysia hari ini, Chong Wei menepati ramalan selepas mudah mengatasi pemain muda Jepun, Takuma Ueda dengan 21-11, 21-8.

Menanti beliau di pusingan kedua adalah Son Wan Ho dari Korea Selatan yang mengalahkan pemain negara, Goh Soon Huat 21-16, 5-21, 21-13.

"Kali terakhir saya berjumpa Son Wan Ho adalah di Piala Sudirman tahun lepas. Bagi saya, prestasi beliau bagus...di Terbuka India beliau mengalahkan Lin Dan (China) di suku akhir)," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain