suria

Liu Ying/Peng Soon Hampiri Impian Beraksi Di Olimpik Rio

Tan Sri Mohamed Al Amin

KUALA LUMPUR: Impian untuk beraksi pada Sukan Olimpik di Rio Ogos ini semakin hampir buat pasangan  beregu campuran negara,  Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon selepas menjuarai Grand Prix Emas Terbuka New Zealand Ahad lalu.

Bagaimanapun impian itu bakal menjadi kenyataan sekiranya mereka terus mempamerkan aksi konsisten dalam dua lagi kejohanan sebelum berakhirnya kelayakan Olimpik penghujung April ini.

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid pihaknya gembira dengan kejayaan yang dilakar pasangan beregu campuran utama negara ini.

"Pasangan beregu campuran ini berada dalam 'Program Road To Rio' dan kami berharap mereka mampu mengutip mata dalam dua lagi kejohanan selepas ini.

"Ia bagi memastikan mereka boleh berada dalam ranking lapan terbaik untuk menjadi pasangan beregu campuran pilihan," jelasnya mengenai pasangan beregu campuran emas Sukan Asia 2010 itu.

Liu Ying/Peng Soon yang kini berada di ranking ke-13 dunia dijangka bakal menyertai Terbuka India dari 29 Mac hingga 3 April dan Siri Super Premier Terbuka Malaysia dari 5-10 April ini.

Dalam pada itu, trofi kejuaraan ini merupakan yang pertama buat pasangan beregu ini selepas persembahan mengecewakan apabila tersingkir awal pada Terbuka Jerman dan All-England Februari lalu.


Artikel Berikut

Artikel Lain