suria

F1: Format Penyingkiran Sesi Kelayakan Kekal Di Bahrain

Bernie Ecclestone

FORMAT pusingan kelayakan yang baharu akan terus digunakan dan tiada sebarang perubahan  yang berlaku pada aksi kelayakan Fomula Satu (F1) Pusingan 2 yang akan berlangsung di Bahrain 1 hingga 3 April ini.

Keputusan dibuat pada mesyuarat F1 yang melibatkan 26 wakil pasukan, Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA), Formula One Management, penganjur, penaja dan rakan-rakan  teknikal.

Format baharu penyingkiran pelumba ketika aksi kelayakan diperkenalkan pada pusingan pertama Grand Prix Australia minggu lalu dicadangkan agar terus digunakan.

"Mereka akan buat apa yang saya cadangkan. Pada mulanya ia adalah idea FIA, jadi saya membuat keputusan untuk menyokong mereka apa yang dianggap betul. 

"Tetapi tiada siapa yang tahu apa yang betul, apa yang salah, apa yang perlu diperbaiki atau apa yang perlu diketepikan?

"Jadi kami memberitahu bahawa akan kekal dengan apa yang dilakukan dan menilai kembali selepas perlumbaan.

"Dan kami akan menilai dengan dua perlumbaan, sebagai rujukan awal untuk mencari kelemahan atau kelebihan. Pasukan-pasukan tidak faham apa yang mereka lakukan dan ia langsung tidak membantu," jelas Supremo F1,  Bernie Ecclestone.

Format baharu itu menyaksikan pemandu akan disingkirkan satu persatu dalam format kalah mati yang diperkenalkan buat pertama kali  20 Mac lalu.

Kelayakan akan kekal dibahagikan kepada tiga sesi seperti sebelum ini, berbanding sekumpulan pemandu akan disingkirkan pada setiap penghujung sesi.

Namun penyingkiran kali ini akan dilakukan secara satu persatu.

Sesi  pertama akan berlangsung selama 16 minit dan selepas tujuh minit pemandu paling perlahan tidak akan meneruskan sesi. Selepas 90 saat, pemandu paling perlahan akan disingkirkan sehingga berbaki 15 saja.

Sesi kedua selama 15 minit mengikut format sama dengan pemandu paling perlahan akan disingkirkan selepas enam minit dan kemudian pemandu melalui sesi penyingkiran dalam tempoh selang 90 saat.

Manakala Sesi terakhir akan berlangsung selama 14 minit dengan pusingan penyingkiran bermula selepas lima minit sehingga dua pemandu terakhir akan bersaing untuk merebut kedudukan petak pendahulu. 

Sebagai rekod, antara nama-nama pelumba yang tersingkir di setiap sesi kelayakan pada GP Australia baru-baru ini;

Sesi kelayakan 1 : Wehrlein, Haryanto, Gutierrez, Grosjean, Kvyat, Nasr, Ericsson.

Sesi kelayakan 2: Magnussen, Palmer, Button, Alonso, Bottas, Hulkenberg, Perez.

Sesi kelayakan 3: Ricciardo, Sainz, Massa, Verstappen, Raikkonen, Vettel

F1, Bahrain, Formay sesi kelayakan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain