suria

Video Rooney 'Ambil' Barang-Barang Nike Di Wembley

WAYNE Rooney dilaporkan 'mengambil' barang-barang Nike ketika berada di bilik VIP di Stadium Wembley pada tahun 2014.

Aksi bintang Manchester United yang menerima gaji  £300,000 seminggu dirakam di CCTV pada Mei 2014 dilihat memilih barangan yang diletakkan di atas rak di bilik tersebut sebelum mengambil dan memasukkannya ke dalam sebuah plastik sampah yang ada di situ.

Rakaman yang disiarkan di The Sunday Mail menunjukkan penyerang berusia 30 tahun itu sedang ketawa sambil memilih barang-barang bersama bersama beberapa lagi individu yang berada di dalam bilik itu.

Rooney dirakam turut menyorok barang di belakangnya.

Bagaimanapun jurucakap Rooney menafikan pemain itu telah mengambil barang-barang yang dipamerkan di bilik tersebut.

"Perkara yang dilaporkan itu tidak benar dan ia adalah fitnah terhadap Wayne Rooney. 

"Rooney tidak mengambil apa-apa dari bilik Nike."

Sementara itu jurucakap barangan sukan terkenal, Nike turut menafikan laporan itu. "Berita itu tidak benar. Kami boleh sahkan bahawa tidak ada apa-apa yang di ambil dari bilik Nike."

Wayne Rooney, Nike

Artikel Sebelum

Artikel Lain