suria

Empat Pasukan Gergasi EPL Dahagakan Kemenangan

Arsenal beri kejutan apabila tewas di tangan Swansea dengan 1-2.

EMPAT pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, iaitu Leicester City, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester City dahagakan kemenangan dalam perlawanan minggu ke-28 pada awal pagi Rabu dan awal pagi Khamis.

Kejutan berlaku apabila Leicester hanya mencatatkan skor berimbang dengan 2-2 ketika menentang West Bromwich Albion di kandang sendiri.

Sementara itu, Spurs, Arsenal dan Man City terpaksa menerima kekalahan, masing-masing di tangan West Ham United (0-1), Swansea City (1-2) dan Liverpool (0-3).

Bagaimanapun Spurs dan Arsenal akan bertemu di White Hart Lane pada Sabtu ini.

Bagi Leicester dan Man City, kedua-duanya akan bertemu dengan pasukan lawan yang di kedudukan tercorot, masing-masing dengan Watford dan Aston Villa.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain