suria

Gol Juan Mata Selamatkan Man United

Aksi Juan Mata yang memakai jersi nombor lapan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Man United dan Watford di Old Trafford, England. Foto AP

JUAN Mata menyelamatkan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol minit ke-83 ketika menentang Watford pada awal pagi Khamis.

Sepanjang permainan di Old Trafford, England, Man United dilihat menguasai bola berbanding Watford.

Bagaimanapun, anak didik Louis Van Gaal hanya mampu melakukan 14 percubaan ke gawang dan tiga daripadanya menepati sasaran.

Beberapa kali Man United melakukan percubaan itu tetapi tidak berhasil.

Pada minit ke-83, Man United akhirnya memecah kebuntuan apabila berjaya mencatatkan gol menerusi aksi tendangan bebas Juan Mata.

Gol tunggal pasukan lawan membuatkan Watford cuba tampil mengadakan serangan tetapi pemain Man United berjaya mengatasinya.

Man United kini meraih 47 mata, sama seperti Manchester City, masing-masing pada tangga keempat dan kelima. 



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain