suria

Nicol Dipilih Pemain Terbaik Disember Oleh Majalah Skuasy

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Daviddinamakan sebagai Pemain Wanita Terbaik bagi Disember dalam edisi Januari  2016 majalah 'Squash Player' yang berpengkalan di London.

Anugerah itu diterima Nicol berikutan kejayaannya menjuarai kejohananTerbuka Hong Kong untuk kali ke-10 berturut-turut pada bulan ini.

"Menjuarai gelaran di Hong Kong untuk kali ke-10 sangat bermakna bagi saya. Ini adalah antara kejohanan terbaik pernah saya sertai," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan majalah 'Squash Player'.

Juara dunia lapan kali yang kini menduduki ranking ketiga dunia, menundukkan pencabar utamanya Laura Massaro dari England dengan 15-13, 11-9, 11-3 dalam masa 39 minit di final kejohanan itu.

Sebelum itu, Nicol sudah memenangi kejohanan itu sejak 2006 hingga 2014.-Bernama

Artikel Lain