suria

Van Gaal Tidak Harus Berundur - Bekas Pemain Man United

Paul Scholes. Foto EPA

BEKAS pemain Manchester United, Paul Scholes mempertahankan Louis van Gaal yang ketika ini mendapat kritikan ramai berikutan prestasi pasukan itu yang tidak memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Scholes bagaimanapun mengakui prestasi Manchester United tidak cemerlang dalam beberapa siri perlawanan.

"Saya menilai prestasi pasukan (Manchester United) pada musim ini tidak cukup baik terutama pada empat sehingga lima minggu perlawanan yang terakhir. Mereka memperoleh kemenangan pada awal musim, tetapi permainan tidak memberangsangkan.

"Bagaimanapun, saya merasakan Van Gall tidak seharusnya berundur. Beliau masih boleh mempunyai peluang untuk memperbetulkan keadaan," kata Scholes.

Kenyataan Scholes merupakan sesuatu yang positif dilontarkannya mengenai Van Gaal berikutan beliau sebelum ini beberapa kali mengkritik corak permainan yang dikendalikan oleh pengurus Manchester United itu pada musim ini.

Kedudukan Van Gaal terancam dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan susulan prestasi yang tidak cemerlang oleh Red Devils.


Artikel Lain