suria

KAFA Janji Ganjaran Istimewa Kepada K.Devan

K.Devan.

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjanjikan ganjaran istimewa kepada ketua jurulatih baharu The Red Warriors (TRW) K.Devan sekiranya membawa kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada Devan berkaitan matlamat KAFA untuk meletakkan TRW di kedudukan keempat terbaik musim depan.

"Saya menjanjikan ganjaran khusus kepada Devan sekiranya beliau dapat memberikan satu kejuaraan musim depan dan berjaya meletakkan TRW pada kedudukan empat terbaik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara KAFA Bersama Kelab Penyokong TRW di sini.

Annuar berkata ini bermakna KAFA mahu Devan membimbing TRW ke final dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata KAFA yakin TRW mampu mencapai matlamat itu melalui gandingan pemain, jurulatih dan pengurusan yang baik.

"Kita mempunyai pemain yang bagus, contohnya ada Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam Zakaria di posisi sayap kanan dan kiri, kita ada Mohd Badri Radzi dan Brendan Gan di tengah dan Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol serta barisan pertahanan yang lain," katanya.

Beliau berkata sekiranya semua pemain mengekalkan prestasi masing-masing,  tidak ada sebab TRW tidak boleh bersaing dan menang. - BERNAMA

KAFA, K.Devan, TRW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain