suria

Kedudukan Van Gaal Masih Selamat

PENGURUS Manchester United Louis van Gaal menyertai pemainnya di hotel pasukan tersebut sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau telah dipecat.

Sebuah laporan pada petang Ahad mendakwa Van Gaal gagal hadir untuk sesi latihan, menguatkan lagi spekulasi bahawa dia telah dipecat.

Malah menurut laporan itu lagi, pembantunya, Ryan Giggs diberi amanah untuk mengambil alih tugas beliau buat sementara waktu.

Namun, kelibat Van Gaal dirakam berada di hotel pasukan tersebut, The Lowry, pada malam Ahad ketika United sedang melakukan persiapan menentang Chelsea pada Isnin.

Pihak pengurusan United dilihat seolah-olah memberi satu lagi peluang kepada pengurus kelahiran Belanda itu untuk mengubah nasibnya di Old Trafford.

Pertemuan menentang Chelsea merupakan ujian getir buat Van Gaal yang nasibnya kini di hujung tanduk.

Sehingga kini, pihak pengurusan United masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai akan berlakunya pemecatan.

Kedudukan Van Gaal di Old Trafford mulai goyah selepas tewas 0-2 kepada Stoke City pada malam Sabtu lalu.

United kini menduduki tangga keenam liga, ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Leicester City.







Artikel Sebelum

Artikel Lain