suria

Tewas Kepada Southampton, Arsenal Terlepas Peluang Terajui Liga

Fonte (dua dari kanan) menanduk masuk gol ketiga Southampton.

ARSENAL terlepas peluang untuk merampas kedudukan selaku peneraju liga selepas tewas 0-4 kepada Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Dengan kemenangan Liverpool ke atas Leicester City dalam perlawanan awal, Arsenal mempunyai peluang untuk memintas pasukan itu sekiranya mencatat kemenangan.

Namun peluang itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin apabila Southampton berusaha keras untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam lima perlawanan liga.

Southampton kini empat mata di zon penyingkiran.

Arsenal pula menduduki tempat kedua dengan menggumpul 36 mata, ketinggalan dua mata dibelakang Leicester.

Pasukan tuan rumah memecah kebuntuan seawal minit ke-19 menerusi rembatan kencang Cuco Martina.

Arsenal terus buntu untuk menyamakan kedudukan pada babak pertama perlawanan.

Ketika perlawanan babak kedua bersambung, Southampton menjaringkan tiga lagi gol menerusi Shane Long (dua gol) dan Jose Fonte.

The Gunners masih kekal sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai aksi liga tetapi segalanya bergantung kepada pertemuan dengan Bournemouth pada Isnin ini.






Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain