suria

Jose Mourinho Berminat Bimbing England

JOSE Mourinho mahu membimbing pasukan England selepas saingan Euro 2016 jika Roy Hodgson meletak jawatan.

Jurulatih kelahiran Portugal itu sebelum ini didakwa akan dilantik sebagai pengurus Manchester United atau kembali ke Real Madrid selepas dipecat  Chelsea.

Bagaimanapun Mourinho dikatakan telah memberitahu ejennya iaitu Jorge Mendes bahawa dia ingin mengendali pasukan England jika masih tidak mempunyai kerja pada musim depan.

Tetapi, Mourinho masih berharap dapat terus membimbing kelab Liga Perdana Inggeris yang menjadi keutamaan dirinya ketika ini.

Hal ini kerana, bekas jurulatih Real Madrid itu telah memberitahu rakan-rakan bahawa dia akan tinggal di England bagi menyelesaikan persekolahan anak-anaknya.

Hodgson dijangka meninggalkan skuad England selepas saingan Euro kerana dia gagal membawa pasukan tersebut ke tahap lebih baik sejak Piala Dunia lalu.

England, Chelsea, Manchester United

Artikel Lain