suria

Man City Hampir Selesaikan Perbincangan Dengan Pep Guardiola

MANCHESTER City hampir melengkapkan perbincangan mengenai pelantikan Pep Guardiola sebagai jurulatih kelab tersebut selepas wakilnya menemui pengendali Bayern Munich itu minggu lalu.

Pengarah Sukan City, Txiki Begiristain yang merupakan kawan Guardiola sejak 20 tahun lalu dilapor telah menemui jurulatih berkenaan di Sepanyol.

Pertemuan itu didakwa bagi melengkapkan persetujuan antara kedua-dua pihak sebelum pelantikan dibuat pada masa sesuai kelak.

Sumber memberitahu, kedua-dua mereka turut menyambut krismas bersama selepas melakukan perbincangan yang kelihatan serius.

"Kedua-dua mereka rapat sejak berada di Barcelona. Ada sesuatu yang serius telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut," katanya.

Guardiola sebelum ini telah mengumum untuk meninggalkan Bayern Munich bagi mendapatkan pengalaman dan cabaran baru.

Manchester City

Artikel Sebelum

Kedudukan Van Gaal Masih Selamat

Artikel Berikut

Artikel Lain