Chelsea Tunggu 'Lampu Hijau' Montreal Bawa Masuk Drogba - Sukan | mStar

Chelsea Tunggu 'Lampu Hijau' Montreal Bawa Masuk Drogba

Didier Drogba
LONDON: Pengurus interim Chelsea Guus Hiddink menegaskan sekali lagi hasratnya untuk membawa masuk Didier Drogba dalam barisan kakitangannya.

Namun, The Blues harus menunggu restu dari kelab disertai Drogba, Montreal Impact.

Hiddink telah dilantik sebagai pengurus interim kelab dari Barat London itu hingga akhir musim ini. Dia menggantikan Jose Mourinho, yang dipecat susulan prestasi buruk Chelsea pada musim ini.

Dalam sidang media pertamanya pada Rabu, Hiddink kembali menyatakan hasratnya untuk melibatkan Drogba dalam barisan stafnya sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini.

Bagi Hiddink, Drogba dinilai akan membawa peranan penting dalam misinya dalam membangkitkan Chelsea daripada terus berada di kedudukan corot musim ini.

Pengalaman Drogba yang banyak ketika bersama 'The Blues' selama dua musim  menjadi alasan utamanya.

"Saya bekerjasama dengannya sekitar lima atau enam tahun lalu. Saya sangat puas hati memiliki pemain profesional sepertinya di kelab ini," ujar Hiddink di BBC.


"Dia sudah menjadi legenda untuk kelab ini. Tapi satu-satunya hal yang pasti saat ini adalah dia bermain untuk Montreal," katanya.

"Saya belum tahu apa keputusan tentang prosesnya secara rasmi, tapi saya bercakap jujur dari hati yang paling dalam bahawa impak yang diberikan pemain sepertinya penting untuk kelab ini."

Drogba, pemain berusia 37 tahun masih aktif bermain dan terikat kontrak dengan kelab MLS, Montreal Impact, hingga Disember 2016.

Persoalan timbul adakah Montreal akan melepaskan pemainnya itu dengan mudah selepas menunjukkan prestasi baik ketika bermain di MLS.

Drogba menjaringkan 12 gol dari 12 penampilannya.

"Kami memahami hubungan eratnya dengan Chelsea, tapi keinginan kami adalah untuk menahannya di sini untuk semusim lagi," demikian pernyataan rasmi Montreal menerusi akaun Twitternya.

Didier Drogba , Montreal , Guus Hiddink

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Hiddink Bakal Ganti Mourinho

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain