suria

Pemain Chelsea Berdepan Tindakan Jika Suka Merungut

PEMAIN Chelsea akan dikenakan tindakan keras oleh majikan jika terus merungut dan gagal memperbaiki prestasi pasukan.

Amaran itu diberikan oleh Ketua Jurulatih baru, Guus Hiddink yang mahukan pemain memperbaiki kelemahan dan kembali membawa kelab itu ke landasan asal.

Bekas penolong Hiddink di Chelsea pada 2009, Paul Clement berkata, jurulatih The Blues itu mampu memperbaiki kelemahan Chelsea dengan pantas.

Menurutnya, Hiddink merupakan seorang jurulatih yang tidak suka kepada pemain yang merungut dan mampu mengambil tindakan tegas.

"Hiddink selalu berkata kepada pemain "kamu berada dalam pasukan jika saya suka dan kamu akan dikeluarkan jika saya tidak suka sikap kamu itu"".

"Oleh itu jika pemain Chelsea gagal mempamerkan sikap yang baik dan tidak melakukan apa yang dikehendakinya, dia akan terus ambil tindakan.

"Sebab itulah dia mampu memenangi Piala FA dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini," jelas Clement.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain