suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Terus Dirundung Kekalahan

NASIB Chelsea terus dirundung malang apabila tewas 0-1 kepada Stoke City di Stadium Britannia, awal pagi Ahad.

Marko Arnautovic menghadiahkan gol kemenangan kepada pasukan tuan rumah pada minit ke-53.

Kekalahan terbaharu itu ternyata terus memberikan tekanan kepada pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang tidak hadir menemani anak buahnya pada perlawanan tersebut.

Mourinho menjalani hukuman larangan satu perlawanan salah laku ketika perlawanan menentang Southampton.

Memburukkan lagi keadaan, ia adalah kekalahan ketujuh mereka dalam 12 aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Kali terakhir Chelsea mencatatkan kekalahan terbanyak pada musim 1978/1979.

Kini, pasukan kendalian Mourinho itu menduduki tangga ke-16 liga.

Pedro nyaris menyamakan kedudukan tetapi percubaannya terkena palang.


Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bayern Munich Pesta Gol

Artikel Lain