suria

"Wayne Rooney Tak Kenal Saya Perkara Normal" - Anthony Martial

Wayne Rooney (kiri) dan Anthony Martial.

PEMAIN baharu Manchester United, Anthony Martial menegaskan bahawa adalah "normal" apabila kapten dan penyerang kelab, Wayne Roooney tidak mengenali siapa dirinya.

Perpindaham Martial ke Old Trafford dari Monaco pada saat akhir sebelum pintu perpindahan untuk musim ini ditutup pada Selasa lalu, dengan bayaran £36 juta membuatkan beliau mencatat sejarah sebagai pemain termuda paling mahal di dunia.

Sebelum ini, pemain tengah, Morgan Schneiderlin mendedahkan bahawa Rooney telah bertanyakan kepadanya mengenai Martial selepas khabar angin bertiup kencang mengenai perpindahan pemain berusia 19 tahun itu ke Manchester United.

Dengan pengalaman Martial yang hanya sedikit itu menyebabkan Rooney mahu mendapatkan lebih banyak maklumat daripada Schneiderlin mengenai rakan baharu dalam pasukannya.

"Saya tidak tahu sekiranya saya bernilai atas bayaran itu," kata Martial.

"Perkara itu adalah (rundingan) antara dua kelab. Ia bergantung kepada saya untuk membuktikan nilai saya.

"Adalah normal apabila Rooney tidak mengenali siapa saya. Ia merupakan kali pertama saya bersama Perancis dan saya mempunyai pengalaman yang sedikit dalam Ligue 1."

Martial turut mendedahkan bahawa beliau telah bercakap dengan Schneiderlin yang memberikannya nasihat selepas perpindahannya ke Manchester United.

Dalam perbualan bersama Rooney, Schneiderlin berkata: "Jujurnya, semalam (Isnin) semasa dalam pesawat, Wayne Rooney bercakap dengan saya dan bertanya siapakah Martial memandangkan banyak media mula bercakap tentang pemain itu.

"Saya beritahu (Rooney) bahawa dia (Martial) merupakan pemain yang bagus dengan potensi yang baik, yang berpengalaman dalam beberapa perlawanan yang cemerlang dengan Monaco pada musim lepas.

"Saya beritahu (Rooney) bahawa dia (Martial) merupakan sangat tangkas dan licik," katanya. - Mirror


Artikel Lain