suria

Hampir £1 Bilion Dibelanjakan Oleh Kelab Liga Perdana Inggeris Beli Pemain

> Man City paling besar berbelanja dan muncul sebagai potensi juara

> Manchester United tidak ketinggalan tapi diselubungi isu kontroversi

> Arsenal berjaya dapatkan Petr Cech dari Chelsea tapi setakat itu saja

> Chelsea berjaya 'curi' Pedro dari tangan United tapi bergelut capai konsistensi

PINTU perpindahan pemain di benua Eropah secara rasminya ditutup pada tengah malam Selasa, 1 September dan ia berakhir dengan penuh kontroversi.

Muka sukan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuk portal berita dipenuhi dengan kontroversi kegagalan Real Madrid membawa masuk penjaga gol Manchester United, David de Gea pada saat-saat akhir.

Real dikecam kerana hanya mengemukakan tawaran secara rasmi menjelang tengah hari Isnin - beberapa jam sebelum pintu perpindahan ditutup sehingga gagal mendaftarkan nama De Gea dengan pihak berkuasa Liga Sepanyol.

Mereka tidak berbuat apa-apa selama berbulan-bulan sedangkan satu dunia tahu minat yang mereka tunjukkan kepada De Gea.

De Gea yang terjejas tumpuan ekoran saga perpindahannya itu tidak dapat diturunkan sepanjang empat perlawanan liga dan dua perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Kini setelah perpindahannya gagal, De Gea tidak mempunyai pilihan melainkan untuk memberikan tumpuan kembali kepada kelabnya dan Liga Perdana Inggeris sehingga tamat musim ini.

Musim depan dia akan menjadi pemain bebas melainkan dia menandatangani kontrak baru enam bulan dari sekarang untuk terus kekal di Old Trafford.

Selain daripada itu, Liga Perdana Inggeris telah menyaksikan hampir £1 bilion bertukar tangan melibatkan nama-nama besar pemain dari serata Eropah.

Berikut adalah senarai lengkap perpindahan yang melibatkan 20 kelab Liga Perdana Inggeris:

ARSENAL:

Melainkan kejayaan besar membawa masuk Petr Cech dari Chelsea pada harga £10 juta, Arsenal hampir tidak menambah sebarang pemain ternama.Sebaliknya mereka melepaskan begitu ramai pemain simpanan secara pinjaman.

MASUK:

> Petr Cech (Chelsea, £10 juta)

> Donyell Malen (Ajax, percuma)

KELUAR:

> Lukas Podolski (Galatasaray, £1.8j)

> George Dobson (West Ham)

> Josh Vickers (Swansea City)

> Ryo Miyaichi (St Pauli, percuma)

> Abou Diaby (Marseille, percuma)

> Carl Jenkinson (West Ham, pinjaman)

> Yaya Sanogo (Ajax, pinjaman)

> Ainsley Maitland-Niles (Ipswich, pinjaman)

> Wojciech Szczesny (Roma, pinjaman)

> Isaac Hayden (Hull City, pinjaman)

> Chuba Akpom (Hull City, pinjaman)

> Serge Gnabry (West Brom, pinjaman)

> Emiliano Martinez (Wolves, pinjaman)

> Wellington Silva (Bolton, pinjaman)

ASTON VILLA:

Tim Sherwood memperkukuhkan barisan pertahanannya dengan membawa masuk pemain veteran seperti Joleon Lescott dan Micah Richards tetapi pada masa yang sama dia gagal memperkukuhkan barisan serangan yang terbukti menjadi isu besar selepas mereka mengharungi empat perlawanan liga.Sebaliknya mereka kehilangan Christian Benteke kepada Liverpool.

MASUK;

> Jordan Amavi (Nice, £10j)

> Idrissa Gueye (Lille, £9j)

> Jordan Ayew (Lorient, £8.5j)

> Jordan Veretout (Nantes, £8j)

> Adama Traore (Barcelona, £7j)

> Rudy Gestede (Blackburn Rovers, £6j)

> Scott Sinclair (Manchester City, £2.5j)

> Joleon Lescott (West Brom, £1j)

> Jose Angel Crespo (Cordoba, £500,000)

> Matija Sarkic (Anderlecht)

> Micah Richards (Manchester City, percuma)

> Mark Bunn (Norwich, percuma)

> Tiago Ilori (Liverpool, pinjaman)

KELUAR:

> Christian Benteke (Liverpool, £32,5j)

> Fabian Delph (Manchester City, £8j)

> Andreas Weimann (Derby County, £2.75j)

> Yacouba Sylla (Rennes)

> Matthew Lowton (Burnley)

> Aleksandar Tonev (Frosinone)

> Darren Bent (Derby County, percuma)

> Shay Given (Stoke City, percuma)

> Enda Stevens (Portsmouth, percuma)

> Graham Burke (Notts County, percuma)

> Chris Herd (ditamatkan kontrak)

> Aly Cissokho (Porto, pinjaman)

> Callum Robinson (Bristol City, pinjaman)

> Joe Bennett (Bournemouth, pinjaman)

> Nathan Baker (Bristol City, pinjaman)

BOURNEMOUTH:

Bagi kelab kerdil seperti Bournemouth, membelanjakan £20 juta untuk pemain baru sudah boleh dianggap besar dan luar biasa, tapi itulah yang telah mereka lakukan setelah dinaikkan ke liga perdana musim ini.Namun begitu, kehidupan di liga sebesar ini bukanlah untuk kelab seperti ini. Hanya masa yang akan menentukannya.

MASUK:

> Tyrone Mings (Ipswich, £8j)

> Max Gradel (St Etienne, £7j)

> Glenn Murray (Crystal Palace, £5j)

> Lee Tomlin (Middlesbrough, £3j)

> Artur Boruc (Southampton, percuma)

> Josh King (Blackburn, percuma)

> Adam Federici (Reading, percuma)

> Sylvain Distin (Everton, percuma)

> Christian Atsu (Chelsea, pinjaman)

> Filippo Costa (Chievo, pinjaman)

> Joe Bennett (Aston Villa, pinjaman)

> Tomas Andrade (River Plate, pinjaman)

KELUAR:

> Brett Pitman (Ipswich Town)

> Josh McQuoid (Luton Town, percuma)

> Lee Camp (Rotherham United, percuma)

> Ian Harte (ditamatkan kontrak)

> Joe Partington (ditamatkan kontrak)

> Mohamed Coulibaly (ditamatkan kontrak)

> Miles Addison (ditamatkan kontrak)

> Darryl Flahavan (ditamatkan kontrak)

> Ryan Fraser (Ipswich Town, pinjaman)

> Jayden Stockley (Portsmouth, pinjaman)

> Stephane Zubar (York City, pinjaman)

> Harry Cornick (Yeovil Town, pinjaman)

CHELSEA:

Tidak banyak kelab yang mampu membelanjakan £70 juta tetapi masih berakhir dengan perasaan tidak seronok sepertimana yang dapat kita saksikan pada kelab seperti Chelsea. Hanya dua nama besar yang berjaya dibawa masuk oleh penyandang juara liga ini iaitu Radamel Falcao dan Asmir Begovic sebelum kemunculan Pedro dari Barcelona selepas mengharungi empat perlawanan yang tidak memberansangkan di awal musim. Mereka kemudian membawa masuk Baba Rahman dari Ausburg pada harga yang sangat mahal untuk seorang yang tidak begitu ternama.

Pada masa yang sama Chelsea meminjamkan begitu ramai pemain simpanan mereka kepada kelab-kelab lain di serata Eropah.

MASUK:

> Baba Rahman (Ausburg, £21j)

> Pedro (Barcelona, £21j)

> Asmir Begovic (Stoke City, £8j)

> Kenedy (Fluminense, £6.7j)

> Nathan (Atletico Paranaense, £4.5j)

> Michael Hector (Reading, £4.5j)

> Danilo Pantic (Partizan Belgrade £1.25j)

> Radamel Falcao (Monaco, pinjaman)

> Papy Djilobodji (Nantes, £2.2j)

KELUAR:

> Petr Cech (Arsenal, £10j)

> Thorgan Hazard (Borussia Monchengladbach, £5.8j)

> Oriol Romeu (Southampton, £4j)

> Josh McEachran (Brentford, £500,000)

> Gael Kakuta (Sevilla, tidak dinyatakan)

> Filipe Luis (Atletico Madrid, tidak dinyatakan)

> Didier Drogba (Montreal Impact, percuma)

> Marco van Ginkel (Stoke City, pinjaman)

> Mohamed Salah (Roma, pinjaman)

> Christian Atsu (Bournemouth, pinjaman)

> Mario Pasalic (Monaco, pinjaman)

> Lewis Baker (Vitesse Arnhem, pinjaman)

> Nathan (Vitesse Arnhem, pinjaman)

> Izzy Brown (Vitesse Arnhem, pinjaman)

> Tomas Kalas (Middlesbrough, pinjaman)

> Patrick Bamford (Crystal Palace, pinjaman)

> Danilo Pantic (Vitesse Arnhem, pinjaman)

> Nathan Ake (Watford, pinjaman)

> Dominic Solanke (Vitesse Arnhem, pinjaman)

> Juan Cuadrado (Juventus, pinjaman)

> Marko Marin (Trabzonspor, pinjaman)

> Lucas Piazon (Reading, pinjaman)

> Victor Moses (West Ham, pinjaman)

> Michael Hector (Reading, pinjaman)

CRYSTAL PALACE:

Selepas empat perlawanan, The Eagles kini menduduki tangga kedua liga di belakang Man City dan ramai yang memuji bagaimana Alan Pardew membentuk pasukan pertengahan ini menjadi pencabar tidak dijangka musim ini.Dia hanya membawa masuk seorang pemain ternama sahaja iaitu Yohan Cabaye dari PSG dan membentuk pasukan di sekeliling Cabaye.

MASUK:

> Yohan Cabaye (Paris Saint-Germain, £12.8j)

> Connor Wickham (Sunderland, £9j)

> Alex McCarthy (QPR, £3.5j)

> Bakary Sako (Wolves, percuma)

> Patrick Bamford (Chelsea, pinjaman)

KELUAR:

> Glenn Murray (Bournemouth, £5j)

> Adlene Guedioura (Watford, tak dinyatakan)

> Barry Bannan (Sheffield Wednesday, tidak dinyatakan)

> Kyle de Silva (Notts County, percuma)

> Lewis Price (Sheffield Wednesday, percuma)

> Stephen Dobbie (Bolton Wanderers, percuma)

> Owen Garvan (Colchester United, percuma)

> Shola Ameobi (ditamatkan kontrak)

> Peter Ramage (ditamatkan kontrak)

> Jerome Thomas (ditamatkan kontrak)

> Hiram Boateng (Plymouth Argyle, pinjaman)

> Jerome Binnom-Williams (Burton Albion, pinjaman)

> Christian Scales (Crawley, pinjaman)

EVERTON:

Kelab ini menjadi perhatian atas sebab yang tidak sepatutnya apabila mereka enggan melepaskan pemain pertahanan John Stones kepada Chelsea.

MASUK:

> Ramiro Funes Mori (River Plate, £9.5j)

> Gerard Deulofeu (Barcelona, £4.2j)

> Mason Holgate (Barnsley, £1j)

> Leandro Rodriguez (River Plate Montevideo, £500,000)

> Aaron Lennon (Tottenham Hotspur, tidak dinyatakan)

> Tom Cleverley (Manchester United, percuma)

KELUAR:

> Chris Long (Burnley, tidak dinyatakan)

> Sylvain Distin (Bournemouth, percuma)

> Antolin Alcaraz (ditamatkan kontrak)

> Francisco Junior (Wigan Athletic, pinjaman)

> Luke Garbutt (Fulham, pinjaman)

LEICESTER CITY:

Keengganan Esteban Cambiasso melanjutkan kontrak merupakan satu kehilangan besar buat kelab ini tetapi tanpa disangka-sangka mereka membawa masuk Claudio Ranieri seorang pengurus veteran yang berpengalaman luas sejurus sebelum musim baru bermula. Kini Leicester berada di tangga ketiga liga. Ternyata perjudian kelab ini berbaloi.

MASUK:

> Shinji Okazaki (Mainz, £7.2j)

> N'Golo Kante (Caen, £5.6j)

> Robert Huth (Stoke City, £3j)

> Gokhan Inler (Napoli, £3j)

> Yohan Benalouane (Atalanta, tidak dinyatakan)

> Christian Fuchs (Schalke, percuma)

> Nathan Dyer (Swansea City, pinjaman)

KELUAR:

> Dave Nugent (Middlesbrough, £4j)

> Chris Wood (Leeds United, tidak dinyatakan)

> Esteban Cambiasso (Olympiacos, percuma)

> Paul Gallagher (Preston North End, percuma)

> Matthew Upson (MK Dons, percuma)

> Zoumana Bakayogo (ditamatkan kontrak)

> Conrad Logan (ditamatkan kontrak)

> Gary Taylor-Fletcher (ditamatkan kontrak)

> Ben Hamer (Bristol City, pinjaman)

> Paul Konchesky (QPR, pinjaman)

> Ryan Watson (Northampton Town, pinjaman)

> Tom Lawrence (Blackburn Rovers, pinjaman)

> Liam Moore (Bristol City, pinjaman)

LIVERPOOL:

Liverpool terpaksa membuat keputusan yang berat apabila pemainnya Raheem Sterling enggan menandatangani kontrak baru dan mahu berpindah keluar. Akhirnya mereka menjualnya kepada Man City pada harga £49 juta. Mereka juga menghantar keluar pemain bermasalah Mario Balotelli ke AC Milan selama semusim dengan harapan dia akan menjadi lebih matang dan berubah.

Selepas itu mereka membelanjakan tidak kurang £90 juta untuk membawa masuk pemain baru - dengan Christian Benteke, James Milner dan pemain antarabangsa Brazil, Roberto Firmino mendahului senarai pemain-pemain ternama.

MASUK:

> Christian Benteke (Aston Villa, £32.5j)

> Roberto Firmino (Hoffenheim, £29j)

> Nathaniel Clyne (Southampton, £12.5j)

> Joe Gomez (Charlton Athletic, £3.5j)

> James Milner (Manchester City, percuma)

> Adam Bogdan (Bolton, percuma)

> Danny Ings (Burnley, percuma)

KELUAR:

> Raheem Sterling (Manchester City, £49j)

> Fabio Borini (Sunderland, £10j)

> Rickie Lambert (West Brom, £3j)

> Sebastian Coates (Sunderland, £2j)

> Steven Gerrard (LA Galaxy, percuma)

> Glen Johnson (Stoke City, percuma)

> Brad Jones (Bradford City, percuma)

> Jordan Williams (Swindon Town, pinjaman)

> Andre Wisdom (Norwich, pinjaman)

> Mario Balotelli (AC Milan, pinjaman)

> Lazar Markovic (Fenerbahce, pinjaman)

> Tiago Ilori (Aston Villa, pinjaman)

MANCHESTER CITY:

Manuel Pellegrini menyedari satu lagi kesilapan musim ini bermakna kerjayanya di City akan berakhir. Dia membuat persiapan rapi dengan membawa masuk pemain-pemain ternama dan berkualiti sahaja untuk memastikan mereka kembali muncul sebagai pesaing utama musim ini.

Pemain yang pertama mereka sambar ialah Raheem Sterling diikuti oleh Fabian Delph, Enes Unal, Nicolas Otamendi dan akhir sekali pemain terbaik Liga Jerman musim lalu, Kevin de Bruyne.

Dalam proses itu mereka memecah rekod perpindahan kelab sebanyak dua kali. Pertama untuk Sterling dan kedua untuk De Bruyne. Keseluruhannya mereka telah berbelanja lebih £150 juta untuk membeli kejayaan. Pelaburan itu setakat ini kelihatan sangat berhasil dengan mereka menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya meraih 12 mata penuh daripada empat perlawanan liga setakat ini. City kini pendahulu liga juga calon popular muncul juara musim ini.

MASUK:

> Kevin De Bruyne (Wolfsburg, £52j)

> Raheem Sterling (Liverpool, £49j)

> Nicolas Otamendi (Valencia, £32j)

> Fabian Delph (Aston Villa, £8j)

> Patrick Roberts (Fulham, £8j)

> Enes Unal (Bursaspor, £2j)

KELUAR:

> Scott Sinclair (Aston Villa, £2.5j)

> Matija Nastasic (Schalke,tidak dinyatakan)

> Dedryck Boyata (Celtic, tidak dinyatakan)

> Micah Richards (Aston Villa, percuma)

> James Milner (Liverpool, percuma)

> John Guidetti (Celta Vigo, percuma)

> Stevan Jovetic (Inter Milan, pinjaman)

> Edin Dzeko (Roma, pinjaman)

> Jason Denayer (Galatasaray, pinjaman)

MANCHESTER UTD:

Kelab ini mencuri perhatian dunia di hari terakhir perpindahan dengan membawa masuk penyerang remaja berusia 19 tahun dari Monaco, Anthony Martial dengan yuran perpindahan sebanyak £36 juta sekaligus menjadikannya sebagai pemain termuda paling mahal di dunia.

Pada hari yang sama dengan kemasukkannya, proses perpindahan penjaga gol mereka, David de Gea ke Real Madrid terbantut dan gagal kerana Madrid tidak sempat mendaftar pemain itu dengan Liga Sepanyol sebelum pintu perpindahan ditutup.

Sebelum itu Louis van Gaal telah membawa masuk penjaring gol terbanyak Liga Belanda, Memphis Depay, pemain tengah dan kapten Jerman, Bastian Schweinsteiger, bek kanan Itali, Matteo Darmian dan peman tengah Perancis, Morgan Schneiderlin dan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.

Pada masa yang sama, United juga telah membebaskan begitu ramai pemain lama di era Sir Alex Ferguson sama ada secara pinjaman, tidak disambung kontrak atau dijual kepada kelab lain. Van Gaal harus memastikan pelaburannya tahun ini membuahkan hasil jika ingin terus kekal bersama United musim depan.

MASUK:

> Anthony Martial (Monaco, £36j)

> Morgan Schneiderlin (Southampton, £25j)

> Memphis Depay (PSV, £25j)

> Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich, £15j)

> Matteo Darmian (Torino, £14.4j)

> Regan Poole (Newport County, £400,000)

> Sergio Romero (Sampdoria, percuma)

KELUAR:

> Angel di Maria (Paris Saint-Germain, £44j)

> Javier Hernandez (Bayer Leverkusen, £12j)

> Jonny Evans (West Brom,£6j)

> Nani (Fenerbahce, £3.5j)

> Rafael (Lyon, £2.5j)

> Saidy Janko (Celtic, tidak dinyatakan)

> Robin van Persie (Fenerbahce, tidak dinyatakan)

> Reece James (Wigan Athletic, tidak dinyatakan)

> Tom Cleverley (Everton, tidak dinyatakan)

> Ben Amos (Bolton, percuma)

> Tom Thorpe (Rotherham United, percuma)

> Anders Lindegaard (West Brom, percuma)

> Will Keane (Preston North End, pinjaman)

> Adnan Januzaj (Borussia Dortmund, pinjaman)

> Tyler Blackett (Celtic, pinjaman)


NEWCASTLE UNITED:

Newcastle United juga berbelanja besar - mengeluarkan £42 juta untuk membawa masuk pemain-pemain baru. Steve McClaren, pengurus baru mereka perlu memastikan yang Newcastle telah membuat pelaburan yang betul dengan membawanya masuk dari Derby County untuk musim baru ini.

Malangnya selepas empat perlawanan Newcastle kini menduduki tangga tercorot (nombor dua dari bawah) liga.

MASUK:

> Georginio Wijnaldum (PSV, £14.5j)

> Aleksandar Mitrovic (Anderlecht, £12.5j)

> Florian Thauvin (Marseille, £12j)

> Chancel Mbemba (Anderlecht, £8.5j)

> Ivan Toney (Northampton, £300,000)

KELUAR:

> Mehdi Abeid (Panathinaikos, £2j)

> Olivier Kemen (Lyon, £550,000)

> Adam Campbell (Notts County, percuma)

> Ryan Taylor (Hull City, percuma)

> Jak Alnwick (Port Vale, percuma)

> Jonas Gutierrez (tidak disambung kontrak)

> Sammy Ameobi (Cardiff, pinjaman)

> Adam Armstrong (Coventry City, pinjaman)

> Shane Ferguson (Millwall, pinjaman)

> Remy Cabella (Marseille, pinjaman)

> Haris Vuckic, (Wigan Athletic, pinjaman)

(BERSAMBUNG...)


Artikel Lain