suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Beraksi Untuk Man United, De Gea Disisihkan Daripada Skuad Sepanyol

JURULATIH Sepanyol, Vicente del Bosque mengakui skuad itu mungkin terpaksa melupakan khidmat David de Gea dalam kejohanan Eropah akan datang jika dia terus disisihkan daripada kesebelasan utama skuad Manchester United.

De Gea gagal merealisasikan impian ke Real Madrid pada Isnin berikutan kelewatan kelab Sepanyol itu mendaftarkan namanya kepada pihak berkuasa Liga Sepanyol.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu merupakan pilihan Del Bosque bagi perlawanan Sepanyol menentang Slovakia dan Macedonia dalam saingan kelayakan Euro 2016 pada minggu akan datang.

Bagaimanapun De Gea mungkin akan disisihkan oleh Del Bosque jika dia tidak lagi beraksi untuk United.

Hal ini kerana pemilihan seseorang pemain bagi skuad kebangsaan dibuat berdasarkan prestasi semasa pemain bersama kelabnya.

De Gea setakat ini masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama United malah namanya tidak disenaraikan oleh Louis Van Gaal dalam senarai 18 pemain.

Sepanyol, Manchester United

Artikel Lain