suria

Olahraga Dunia: Kuartet AS Rangkul Emas 4x400 Meter Lelaki

Kuartet 4x400 meter berganti Amerika Syarikat pertahankan pingat emas kali keenam.

KUARTET 4x400 meter berganti lelaki Amerika Syarikat (AS) berjaya meraih emas dengan mencatat masa terpantas 2:57.82 saat pada aksi akhir Kejohanan Olahraga Dunia IAAF di Beijing, Ahad.

Aksi terpantas itu dilakukan David Verburg, Tony McQuay, Bryshon Nellum dan LaShawn Merrit meninggalkan pelari Trinidad and Tobago yang mencatat 2:58.20s.

Merrit menambah koleksi pingat emas negaranya dalam dalam tempoh enam tahun berturut-turut dalam aksi dunia yang ke-15 ini.

Sementara itu, Great Britain meraih pingat gangsa selepas mendapat saingan sengit daripada kuartet Jamaica dengan merekodkan masa 2:58.51s.

Lebih menarik, kuartet wanita Britain juga turut meraih gangsa dalam acara sama pada hari terakhir kejohanan dunia di Stadium Nasional itu.

Manakala gandingan wanita Jamaica berjaya merangkul emas dengan masa terpantas 3:19.13s, dan pingat perak diraih barisan pelari Amerika Syarikat, 3:19.44s.

Kejohanan Olahraga Dunia, 4x400m

Artikel Lain