suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Veteran United Jonny Evans Pindah Ke WBA

Pemain veteran Manchester United, Jonny Evans akhirnya meninggalkan kelab itu untuk menyertai WBA, sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris.

> Manchester United akhirnya melepaskan pemain veteran mereka Jonny Evans

> West Brom Albion menawarkan £8 juta kepada United untuk pemain Irish itu

> West Brom bersetuju bayar deposit £6 juta dengan baki £2 juta lagi kemudian

> Pada masa sama pemain mereka Joleon Lescott akan pindah ke Aston Villa

AKHIRNYA Manchester United bersetuju untuk melepaskan pemain pertahanan veteran mereka, Jonny Evans kepada  West Bromwich Albion (WBA) pada malam Jumaat dengan harga perpindahan sekitar £8 juta.

Dia kini sudah pun berada di kelab barunya itu untuk menjalani ujian perubatan.

Kedatangan Evans akan membuka laluan kepada pemain pertahanan WBA, Joleon Lescott untuk berhijrah ke Aston Villa.

Pengurus WBA, Tony Pulis menyifatkan pembelian Evans sebagai satu kejayaan besar berdasarkan pengalamannya bermain selama lebih 10 tahun dengan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu.

Pemain itu telah memenangi pelbagai kejuaraan ketika bersama United termasuklah Piala Eropah.

Manchester United pada mulanya menuntut bayaran sehingga £10 juta untuk Evans tetapi kemudiannya bersetuju untuk menerima £8 juta semasa dalam rundingan.

Evans, 27, pemain yang dilahirkan menerusi akademi bolasepak United bersetuju untuk menyertai WBA atas dorongan bekas rakan sepasukannya di United, Darren Fletcher yang kini merupakan kapten pasukan barunya nanti.


Artikel Berikut

Artikel Lain