suria

Del Bosque Tetap Pilih De Gea Biarpun Diketepikan Van Gaal

JURULATIH Sepanyol, Vicente del Bosque tetap menyenaraikan David de Gea biarpun pemain itu berehat panjang di Manchester United.

De Gea,24, tidak diberi peluang beraksi oleh pengurus United, Louis van Gaal sejak musim baharu bermula kerana menganggap penjaga gol itu berada dalam keadaan tidak bersedia.

Situasi tersebut berlaku apabila De Gea mahu berpindah ke Real Madrid, namun kelab Sepanyol itu 'terganggu' dengan tawaran tinggi bernilai 33 juta pound (RM212 juta) yang diletakkan oleh United.

De Gea di bangku penonton ketika aksi kelabnya bertemu Newcastle baru-baru ini.


Bagaimanapun, nasib tidak menentu De Gea di United itu tidak menghalang Del Bosque membawa balik pemain tersebut untuk digandingkan dengan rakan sepasukannya, Juan Mata serta Diego Costa dan Cesar Azpilicueta yang mengikut jejak Cesc Fabregas dan Pedro beraksi untuk kelab Chelsea.

Del Bosque kini dalam persiapan skuad Sepanyol menjelang aksi Kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan C bertemu Slovakia dan Macedonia September ini.

Sepanyol bakal menerima kunjungan Slovakia di Oviedo pada 5 September ini dan terbang ke Macedonia tiga hari kemudian.

Sepanyol kini berada di kedudukan kedua kumpulan dengan 15 mata di belakang Slovakia (18) yang menewaskan mereka 2-1 di Zilina Oktober tahun lalu.

Manakala Ukraine berada di tempat ketiga dengan 12 mata.

Vicente del Bosque


Senarai pemain pasukan Sepanyol:

Penjaga Gol: Iker Casillas (Porto), David De Gea (Manchester United), Sergio Rico (Sevilla)

Pemain Pertahanan: Dani Carvajal (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Marc Bartra (Barcelona), Juanfran (Atletico Madrid), Sergio Ramos (Real Madrid), Jordi Alba (Barcelona), Juan Bernat (Bayern Munich), Cesar Azpilicueta (Chelsea)

Pemain tengah: Sergio Busquets (Barcelona), Koke (Atletico Madrid), Andres Iniesta (Barcelona), Santi Cazorla (Arsenal), David Silva (Manchester City), Vitolo (Sevilla), Isco (Real Madrid), Cesc Fabregas (Chelsea), Juan Mata (Manchester United)

Penyerang: Diego Costa (Chelsea), Pedro (Chelsea), Paco Alcacer (Valencia)
Sepanyol, Vicente del Bosque, De Gea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain