Olahraga Dunia IAAF: Farah Tenang Rangkul Emas Acara 5,000 Meter - Sukan | mStar

Olahraga Dunia IAAF: Farah Tenang Rangkul Emas Acara 5,000 Meter

MO Farah menambah koleksi pingat emas apabila menjuarai perlumbaan 5,000 meter pada saingan akhir Kejohanan Olahraga Dunia IAAF yang berlangsung di Beijing pada Sabtu.

Biarpun musim ini dianggap setelah jurulatihnya Alberto Salazar dikaitkan dengan skandal doping, Farah tetap konsisten untuk merangkul emas kedua di Stadium Nasional selepas turut cemerlang dalam acara 10,000m sebelum ini. 

Malah Farah,32,  yang turut meraih emas berganda pada Sukan Olimpik 2012 membuktikan dirinya sebagai 'raja' dalam kedua-dua acara kegemarannya ini.

Dalam acara akhir tersebut, Farah tenang membuka langkah dan berada di tempat kedua ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.

Namun dia berjaya melintas pelumba Kenya, Caleb Ndiku ketika melepasi garisan penamat.

Farah mencatat 13:50.38s, manakala Ndiku merekodkan masa 13:51.75 dan tempat ketiga dimenangi pelumba Ethiopia, Hagos Gebrhiwet, 13:51.86.

Mo Farah

Artikel Berikut

Robben Dilantik Kapten Baharu Belanda

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain