suria

Liga Juara-Juara: United Mara Dengan Agregat 7-1

BELGIUM: Hatrik oleh penyerang utama dan juga kapten Manchester United, Wayne Rooney berjaya membawa pasukan itu untuk kembali bersaing dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Jura Eropah selepas menewaskan Club Brugge dari Belgium dengan agregat 7-1.

United menang 4-0 ke atas Brugge pada aksi perlawanan pusingan play-off, peringkat kedua yang berlangsung pada awal pagi Khamis. United menumpaskan Brugge 3-1 di Old Trafford minggu lalu.

Tiga gol yang disumbangkan Rooney turut berjaya menangkis kritikan terhadap pemain England itu kerana gagal menjaringkan sebarang gol dalam sepuluh perlawanan kompatetif sebelum ini.

United sepatutnya menang lebih besar jika penalti yang diambil oleh penyerang mereka dari Mexico, Chicarito tersasar selepas dia tergelincir ketika hendak menyepak bola.

Bekas juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu terlepas untuk menyertai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

FAKTA PERLAWANAN:

CLUB BRUGES (Formasi: 4-1-3-2): Bolat 6; De Fauw 4, Castelletto 5, Duarte 5, De Bock 5; Claudemir 5; Vormer 5.5, Vazquez 5.5 (Vanaken 62mins, 6), Bolingoli Mbombo 6 (Cools 76, 6); De Sutter 6.5, Diaby 5.5 (Dierckx 63, 6). Simpanan Tidak Diturunkan: Bruzzese, Meunier, De Smul, Oulare.

Kad Kuning: Claudemir, Vormer.

MANCHESTER UNITED (Formasi: 4-2-3-1): Romero 6; Darmian 6.5, Smalling 6.5, Blind 6.5, Shaw 7; Carrick 7, Herrera 7 (Hernandez 64, 6.5); Mata 6.5 (Young 62, 6), Januzaj 6 (Schweinsteiger 46, 7.5), Depay 7; Rooney 8. Simpanan Tidak Diturunkan: Johnstone, McNair, Schneiderlin, Fellaini.

Gol: Rooney 20, 49, 57, Herrera 63.

Kad Kuning: Herrera.

Pemain Terbaik Perlawanan: Rooney.

Pengadil: Antonio Mateu Lahoz (Sepanyol)

Jumlah Penonton: 29,000 orang.

Artikel Lain