suria

Tiada Gol Tercipta Di Old Trafford, Man United-Newcastle Terikat 0-0

Aksi pemain Manchester United, Wayne Rooney (kiri) menguasai bola daripada cuba ditangkas oleh pemain Newcastle United, Aleksandar Mitrovic. Foto Reuters

HASRAT Manchester United untuk memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris ke atas Newcastle di Old Trafford pada Sabtu malam tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Pasukan tuan rumah dilihat menguasai permainan dalam 20 minit masa pembukaan namun gagal untuk memperoleh sebarang gol.

Terdapat enam tendangan yang dilepaskan Wayne Rooney selama 45 minit pada babak pertama.

Intensiti serangan Manchster United meningkat pada masa 45 minit yang kedua.

Dua pemain yang mempunyai tenaga melancarkan serangan iaitu Antonio Valencia dan Javier Hernandez dimasukkan oleh pengurus, Louis van Gaal pada pertengahan babak kedua.

Dalam perlawanan ini, terdapat 19 cubaan yang dilakukan oleh pemain Red Devils.

Bagaimanapun, barisan pertahanan Newcastle dan kesiapsagaan penjaga gol Tim Krul telah menggagalkan kesemua peluang Manchester United.

Tiada satu pun gol yang berhasil dan Manchester United terpaksa berpuas hati dengan skor berimbang 0-0 dalam perlawanan bersama pasukan tamu.

Manchester United, Newcastle

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super 2015

Artikel Lain